
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) diwakili oleh Timbalan Presiden, YBhg. En. Mohd Dzahir bin Jamudin; Naib Presiden, Ar. IDr. Hj. Mohd Azli Md Yusof; Setiausaha Agung, Datoβ Mazrol Nizam Abdullah; serta Ahli Majlis Eksekutif, En. Mohamed Zulkarnain, dalam menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-96 yang berlangsung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, semalam.
Majlis yang dianjurkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Malaysia ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan, jaringan diplomatik serta kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Pada majlis tersebut, delegasi DPMM turut berkesempatan berinteraksi dan bertukar pandangan bersama Adam Hantman, Economic Counselor, U.S. Embassy Kuala Lumpur, berkaitan perkembangan ekonomi, perdagangan serta peluang kerjasama antarabangsa.
Kehadiran delegasi DPMM mencerminkan komitmen Dewan untuk terus memperluas jaringan strategik di peringkat antarabangsa serta membuka ruang kepada peluang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada usahawan dan komuniti perniagaan Melayu.
DPMM turut merakamkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan ke-96 kepada Kerajaan dan seluruh rakyat Arab Saudi.
Memperkukuh Hubungan | Memperluas Jaringan | Membuka Peluang Ekonomi