Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Tuan Norsyahrin bin Hamidon, hari ini mengadakan pertemuan bersama Pengerusi SME Corp. Malaysia, Datuk Teng Chang Khim.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan membincangkan ruang kerjasama strategik antara DPMM dan SME Corp. Malaysia, khususnya dalam memperkukuh peranan serta penyertaan usahawan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.
DPMM turut menyatakan komitmen untuk terus berperanan sebagai pemudah cara dalam menghubungkan usahawan Bumiputera dengan peluang, jaringan perniagaan dan ekosistem sokongan yang dapat membantu mereka berkembang serta meningkatkan daya saing.
Kerjasama strategik antara pelbagai pihak amat penting bagi memastikan agenda pembangunan perusahaan kecil dan sederhana dapat diperkasakan secara inklusif dan memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan Bumiputera.
DPMM – Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi.