
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengadakan Pertemuan Kali Kedua Konsortium Oil & Gas DPMM bagi memperkukuh kerjasama dan menyelaras gerak kerja konsortium dalam meneroka peluang projek berskala besar dalam industri minyak dan gas.
Pertemuan ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir bin Jamudin, serta turut dihadiri Hj. Frosham bin Naizamohideen dan Ahli Majlis Eksekutif DPMM, En. Mohamed Zulkarnain bin Mohamed.
Konsortium Oil & Gas DPMM diwujudkan bagi memperkukuh kerjasama antara syarikat Bumiputera, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), supaya dapat meningkatkan keupayaan dan menyertai projek berskala besar melalui model kerjasama seperti joint venture (JV), kolaborasi dan perkongsian strategik.
Bagi memastikan gerak kerja konsortium lebih tersusun dan berfokus, Sekretariat Konsortium akan dibentuk bagi memetakan keupayaan syarikat ahli berdasarkan bidang kepakaran masing-masing serta memadankan keupayaan tersebut dengan peluang projek yang bersesuaian.
Inisiatif ini merupakan antara usaha DPMM untuk menggabungkan kekuatan syarikat Bumiputera, meningkatkan kapasiti dan daya saing serta membuka akses kepada peluang projek berskala lebih besar, bukan sahaja di peringkat domestik malah turut berpotensi di peringkat antarabangsa.
DPMM komited untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam membina jaringan strategik dan memperluas peluang perniagaan bagi syarikat Bumiputera dalam sektor Oil & Gas.
Bersama Memperkasa Ekonomi Melayu.
#DPMM #DewanMelayu #KonsortiumOilAndGas #OilAndGas #Bumiputera #PKS #KerjasamaStrategik #EkonomiMelayu