
30 julai 2026
Kuala Lumpur
Semalam, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Norsyahrin Hamidon, memulakan tugas secara rasmi di pejabat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) sebagai Presiden NCCIM Ke-25.
Kehadiran beliau menandakan bermulanya satu amanah besar dalam memperkukuhkan peranan komuniti perniagaan Malaysia serta mempererat kerjasama antara dewan-dewan perdagangan di bawah naungan NCCIM.
Sebagai Presiden DPMM yang kini menerajui NCCIM, kepimpinan beliau diharap dapat membawa suara usahawan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), ke peringkat yang lebih strategik demi memperkasakan pertumbuhan ekonomi negara.
DPMM mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan kepimpinan beliau terus membawa manfaat kepada komuniti perniagaan serta pembangunan ekonomi Malaysia.