30 julai 2026
Kuala Lumpur
Semalam, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menghadiri Majlis Luncheon bersama Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Hong Kong.
Delegasi DPMM diketuai oleh Presiden DPMM merangkap Presiden NCCIM, En. Norsyahrin Hamidon, bersama Timbalan Presiden DPMM merangkap Naib Presiden NCCIM, En. Mohd Dzahir Jamudin.
Sesi ini turut membincangkan persiapan menjelang program antarabangsa Think Business, Think Hong Kong (TBTHK) 2026 yang akan berlangsung pada 11 Ogos 2026 di Shangri-La Kuala Lumpur.
Program berprestij ini dijangka menghimpunkan lebih 100 syarikat dari Hong Kong serta menyediakan platform strategik melalui sesi padanan perniagaan (business matching), jaringan industri dan perkongsian peluang dalam pelbagai sektor berimpak tinggi seperti kewangan, teknologi hijau, penjagaan kesihatan, bioteknologi serta pengembangan perniagaan ke pasaran antarabangsa.
DPMM mengalu-alukan penyertaan komuniti perniagaan Malaysia untuk merebut peluang kerjasama rentas sempadan ini, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–Hong Kong serta membuka akses kepada pasaran global yang lebih luas.
Think Business. Think Hong Kong. Expand Globally.