
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan DPMM atas pelantikan ke jawatan utama dalam Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) bagi penggal 2026–2028.
🎉 Norsyahrin Hamidon
Presiden NCCIM
🎉 Dzahir bin Jamudin
Naib Presiden NCCIM
(Bertanggungjawab dalam Hubungan, Jaringan Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa)
🎉 Dato’ Hj. Mazrol Nizam bin Abdullah
Setiausaha Agung NCCIM
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan, kepimpinan dan komitmen DPMM dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi negara serta memperluaskan jaringan perdagangan dan pelaburan di peringkat serantau dan antarabangsa.
DPMM yakin barisan kepimpinan ini akan menggalas amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme, sekali gus memperkukuhkan peranan NCCIM sebagai suara utama komuniti perniagaan Malaysia serta memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.
Sekali lagi, tahniah dan selamat menjalankan amanah demi kemajuan usahawan, dunia perniagaan dan negara.
#DPMM #NCCIM #Kepimpinan #EkonomiMalaysia #Perdagangan #Pelaburan #Usahawan #BusinessLeadership #Malaysia
Hebahan DPMM
Bahagian Komunikasi Korporat
Bahagian Komunikasi Korporat DPMM bertanggungjawab menyampaikan berita dan maklumat terkini berkaitan aktiviti dan program Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.