
22 julai 2026
Anjung Melayu, DPMM
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon, hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil Langkawi International Halal Showcase (LIHAS) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan keusahawanan, khususnya dalam industri halal.
Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Puan Hajah Noordazleena, Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal DPMM. Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperluaskan peluang kepada usahawan Bumiputera melalui program pembangunan kapasiti, jaringan perniagaan, padanan perniagaan (business matching), serta penyertaan dalam platform perdagangan halal di peringkat nasional dan antarabangsa.
LIHAS (Langkawi International Halal Showcase) merupakan sebuah platform perdagangan halal antarabangsa yang diwujudkan bagi menghimpunkan pemain industri halal, agensi kerajaan dan rakan strategik dari dalam serta luar negara untuk mempromosikan produk, perkhidmatan dan inovasi halal, di samping memperkukuhkan rangkaian perniagaan serta membuka akses ke pasaran global.
DPMM komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan halal negara serta meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera di peringkat global.
#DPMM #DewanPerniagaanMelayuMalaysia #DewanMelayu #LIHAS #LangkawiInternationalHalalShowcase #IndustriHalal #HalalMalaysia #EkonomiHalal #UsahawanBumiputera #Keusahawanan #PembangunanUsahawan #BusinessMatching #HalalEcosystem #MadeInMalaysia #MalaysiaMADANI #JanaEkonomi #KolaborasiStrategik #UsahawanMalaysia #EkonomiMelayu #HalalGlobal