
17 Julai 2026
Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Sesi Jaringan & Penerangan Konsortium Oil & Gas DPMM yang menghimpunkan 30 buah syarikat Bumiputera bagi mendapatkan penerangan mengenai hala tuju, objektif serta peluang yang bakal diwujudkan melalui penubuhan konsortium ini.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden DPMM, YBhg. Dzahir Bin Jamudin, yang turut berkongsi aspirasi DPMM dalam memperkukuh penglibatan syarikat Bumiputera dalam ekosistem industri minyak dan gas negara melalui pendekatan kolaboratif, perkongsian kepakaran serta pembangunan kapasiti.
Penyertaan yang memberangsangkan daripada syarikat-syarikat yang hadir mencerminkan komitmen dan kesediaan komuniti usahawan Bumiputera untuk bersama-sama membina sebuah konsortium yang lebih tersusun, berdaya saing dan mampu merebut peluang dalam rantaian industri Oil & Gas.
Langkah seterusnya adalah proses penubuhan rasmi Konsortium Oil & Gas DPMM, yang akan menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama, memperluaskan jaringan perniagaan serta meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam projek-projek berskala besar di peringkat nasional dan antarabangsa.
Bersama kita memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera melalui kolaborasi, inovasi dan tindakan strategik.