
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah berjaya menganjurkan Sesi Jaringan dan Penerangan Konsortium Solar DPMM (Sesi 2) pada 10 Julai 2026, yang menghimpunkan lebih 30 wakil daripada pelbagai syarikat yang menyertai sesi ini secara fizikal dan dalam talian.
Sesi ini telah disampaikan oleh Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir Jamudin, yang berkongsi penerangan mengenai Konsortium Solar DPMM, hala tuju strategik konsortium serta peluang kerjasama kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk terlibat dalam industri tenaga boleh diperbaharui.
Antara pengisian utama sesi adalah:
Turut dibincangkan ialah cadangan penubuhan syarikat Konsortium Solar DPMM sebagai sebuah platform strategik yang menghimpunkan syarikat-syarikat kecil dan sederhana Bumiputera untuk bergabung tenaga, berkongsi kepakaran serta memperkukuh keupayaan menyertai tender projek solar berskala besar. Melalui pendekatan konsortium, syarikat-syarikat tempatan berpeluang meningkatkan daya saing, memperluaskan jaringan kerjasama dan membuka lebih banyak peluang perniagaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
DPMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua syarikat dan peserta yang hadir serta memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik dan kejayaan syarikat Bumiputera dalam industri tenaga lestari.
“Bersatu Berusaha, Berjaya Kepada Berjasa, Berjasa Berjaya Bangsa.”