
18 Mei 2026 – telah berlangsung Sesi Jaringan & Peluang Industri Infrastruktur dan Pembinaan melalui Konsortium Infrastruktur dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang dipengerusikan oleh Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon.
Turut hadir Timbalan Presiden DPMM, Amirhamzah Karim, YDP DPMM Putrajaya, Dzahir Jamudin serta ahli-ahli DPMM daripada pelbagai negeri. Sesi tersebut telah menghimpunkan lebih 20 syarikat kontraktor Bumiputera terdiri daripada kontraktor G1 hingga G7 daripada pelbagai bidang berkaitan infrastruktur dan pembinaan.
Program ini menjadi platform bagi membincangkan peluang kerjasama, penyertaan projek serta pengukuhan rangkaian perniagaan dalam industri infrastruktur dan pembangunan negara.
Dalam sesi berkenaan juga, DPMM turut berkongsi beberapa peluang dan projek yang telah dikenal pasti untuk diterokai secara bersama melalui Konsortium Infrastruktur dan Pembangunan DPMM, melibatkan kerjasama strategik antara kontraktor kecil, sederhana dan syarikat yang lebih berpengalaman dalam industri.
Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan DPMM dalam memperkukuhkan penyertaan kontraktor Bumiputera dalam sektor infrastruktur dan pembinaan secara lebih tersusun, kompetitif dan mampan.