
15 mei 2026 – telah berlangsung Sesi Jaringan dan Peluang Industri Solar melalui Konsortium Solar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang dipengerusikan oleh Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Hj Farosham Naizamohideen bersama wakil-wakil DPMM negeri serta lebih 40 syarikat yang terlibat dalam industri berkaitan solar dan tenaga hijau.
Sesi tersebut memberi penerangan mengenai inisiatif GEMA serta penubuhan Konsortium Solar DPMM yang diwujudkan bagi menghimpunkan syarikat-syarikat Bumiputera untuk bekerjasama dalam penyertaan projek-projek industri solar secara lebih tersusun dan bersepadu.
Dalam sesi berkenaan juga, DPMM memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti beberapa projek yang berpotensi untuk disertai oleh Konsortium Solar DPMM melibatkan kerjasama antara syarikat kecil dan syarikat yang lebih berpengalaman dalam industri.
Usaha ini merupakan langkah awal DPMM dalam membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor tenaga hijau yang semakin berkembang di negara ini.