
14 MEI 2026 – Semalam telah berlangsung mesyuarat MED kali ke 19 bagi tahun 19/2026/2023-2026 yang telah dipengerusikan oleh presiden DPMM Norsyahrin Bin Hamidon.
Antara fokus utama perbincangan adalah pelaksanaan program Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) serta perancangan Jelajah GEMA ke seluruh negara dalam usaha memperkasa jaringan usahawan Melayu/Bumiputera dan memperluas impak ekonomi di peringkat akar umbi dan perbincnagan program-program yang akan datang
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli MED yang telah hadir, memberikan pandangan bernas serta komitmen berterusan demi memastikan agenda pembangunan ekonomi Melayu terus diperkasakan secara mampan dan progresif.
Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat seluruh komuniti usahawan negara