17 APRIL 2026 – Semalam telah berlangsung sesi rakaman wawancara khas bersama Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), YBrs. Encik Norsyahrin Hamidon sempena Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sesi wawancara ini memberi fokus kepada pandangan strategik berkaitan pembangunan ekuiti Bumiputera, pemerkasaan usahawan Melayu serta hala tuju ekonomi negara dalam memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam pemilikan kekayaan negara.
Presiden DPMM turut berkongsi aspirasi serta pengalaman DPMM sebagai institusi ekonomi Melayu yang terus komited memperjuangkan agenda keusahawanan, perdagangan dan pembangunan ekonomi Bumiputera secara mampan.
Rakaman ini dijangka menjadi antara bahan utama dokumentasi dan tayangan khas sepanjang KEUB 2026, selain menjadi rujukan bernilai kepada pembuat dasar, institusi pendidikan serta komuniti usahawan negara.
DPMM terus konsisten menjadi suara dan pemangkin kemajuan ekonomi Bumiputera demi masa depan yang lebih berdaya saing.