
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan e-hailing dan p-hailing bagi membincangkan isu-isu strategik dalam ekosistem ekonomi gig.
Perbincangan turut menyentuh peranan SEGIM sebagai platform penyelarasan dasar yang lebih bersepadu dalam memperkukuh kebajikan serta kedudukan pekerja gig.
Pihak persatuan e-hailing dan p-hailing telah menekankan keperluan mendesak untuk memperluas latihan dan pembangunan kemahiran secara lebih tersusun bagi meningkatkan profesionalisme dan daya saing pekerja dalam industri ini.
Selain itu, isu mekanisme tambang berasaskan bidding turut dibangkitkan sebagai cabaran yang berpotensi menekan pendapatan serta menjejaskan kestabilan harga pasaran.
DPMM berpandangan bahawa pendekatan dasar yang lebih jelas, seimbang dan berstruktur diperlukan bagi memastikan kelestarian ekosistem gig secara menyeluruh.