
KUNJUNGAN HORMAT DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI KELANTAN KE ANJUNG MELAYU
8 JANUARI 2026 – Satu kunjungan hormat oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri Kelantan telah diadakan ke Anjung Melayu bagi mengadakan perbincangan strategik bersama En Syahrin Hamidon Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Pertemuan ini bertujuan membincangkan perancangan dan hala tuju kerjasama bagi tahun 2026, khususnya melibatkan pengukuhan agenda ekonomi Melayu, pelaksanaan program bersama serta penyelarasan inisiatif di peringkat negeri dan pusat.
Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform penting untuk mempereratkan silaturahim dan hubungan strategik antara DPMM Negeri Kelantan dan kepimpinan pusat, selari dengan semangat kebersamaan dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Melayu di seluruh negara.