KOPI & UKHUWAH | Sembang Akhir Tahun
Program Kopi & Ukhuwah: Sembang Akhir Tahun yang berlangsung semalam di Warung Pagi-Pagi, Federal Hills, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan penuh kehangatan dan kemesraan.
Majlis ini menghimpunkan para jemputan NGO dan ahli-ahli dpmm dalam suasana santai sambil menghayati tausiyah oleh Habib Nael Ben Tahir, diiringi Selawat Mahallul Qiyam, jamuan santapan malam serta sesi sembang santai yang mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen DPMM di bawah kepimpinan YBhg Norsyahrin Bin Hamidon dalam mewujudkan ruang pertemuan berteraskan nilai kerohanian, kebersamaan dan kekeluargaan sebagai penutup tirai tahun 2025.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan diberkati. 🌙✨