Business Matching SME di Bandung dan delegasi Malaysia yang dianjurkan khas oleh Kantor BEA Cukai Bandung, Indonesia pada 25 July 2024.
Objektif program ini adalah untuk mencari kerjasama rasmi bersama Agensi Kerajaan Malaysia dan Agensi Kerajaan Indonesia. Selain itu dapat membuka ruang kolaborasi serta ruang mencari potensi perniagaan kepada usahawan di bawah Dewan di Indonesia dan menarik lebih ramai usahawan menyertai Dewan Perniagaan.
Program ini diketuai oleh Ketua Biro Antarabangsa Dewan Muda, Sdr Ainnur Yaqin. Turut serta – Timbalan Pengerusi Dewan Muda merangkap Pengerusi Dewan Muda Putrajaya, Ts. Azrul Zafri Azmi, Setiausaha Kehormat DPMM Putrajaya, Azrul Ezulhisham dan juga 12 orang Dewan Muda dan usahawan yang lain terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan.
Sebanyak 57 buah syarikat SME dari Bandung, Indonesia telah turut serta. Program Business Matching Bandung ini disokong padu oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Direktor BEA Cukai Indonesia Pusat, Ketua Kantor BEA Cukai Bandung, Ketua Kantor BEA Cukai Jawa Barat, Ketua Kantor BEA Cukai Tasik Malaya dan lain2.
Diharapkan agar program ini memberikan manfaat perniagaan kepada semua peserta terutama ahli Dewan.