fbpx

30 MAY 2024 – Sebentar tadi Presiden DPMM En Norsyahrin bersama beberapa wakil DPMM mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya

Pertemuan hari ini adalah bagi mengukuhkan hubungan DPMM bersama kerajaan MADANI dari pelbagai aspek demi kepentingan negara, pertemuan selama 1 jam ini juga memberi peluang pada DPMM untuk memberi pelbagai input dan maklum balas khusus dari sektor perniagaan.

Selain itu DPMM juga membentangkan visi, misi dan perancangan DPMM bagi menaikkan martabat usahawan Melayu bukan sahaja di dalam negara malah sehingga ke seantero dunia.

Terima Kasih diucapkan kepada Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim di atas kesudian meluangkan masa dan menerima kunjungan Wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Semoga hubungan yang baik diantara DPMM dan pembuat dasar akan dapat menjadi jambatan diantara komuniti usahawan Melayu dan pihak kerajaan.

Semoga bermanfaat untuk ahli DPMM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *