fbpx

4 / 3 / 2024 – Isnin yang lepas DPMM mengadakan perjumpaan bersama pihak Libyan Malaysian Joint Business Chamber (LMBC) di Anjung melayu Kuala lumpur. Presiden DPMM En Norsyahrin Bin Hamidon mempengerusikan mesyuarat tersebut bersama beberapa wakil DPMM

Tujuan perjumpaan ini adalah bagi membincangkan perancangan dan aktiviti yang bakal diadakan untuk tahun 2024 antara DPMM dan LMBC. Antara perancangan yang disebut ketika dalam mesyuarat adalah membawa ahli-ahli DPMM menerokai pasaran di negara libya dalam pelbagai sektor. Ini adalah satu peluang untuk ahli-ahli DPMM mengembangkan perniagaan mereka di luar negara.

Seperti sedia maklum kerjasama antara DPMM dan LMBC telah bermula dari awal tahun 2023, di mana DPMM telah menandatangani MOU bersama LMBC dan beberape ahli tertinggi dari libya juga telah mengadakan lawatan ke anjung melayu pada tahun lepas

Terima Kasih diucapkan kepada yang hadir pada mesyuarat tersebut dan terima kasih diucapkan kepada wakil dari LMBC, semoga kerjasama ini dapat diteruskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *