WaterTech Asia 2025 yang berlangsung dari 2–4 Disember 2025 di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC).
4 DISEMBER 2025 – YDP DPMM PUTRAJAYA En Dzahir Jamudin hadir ke Majlis Perasmian WaterTech Asia 2025 disempurnakan oleh YB Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang bersama kepimpinan kementerian, agensi air negara serta rakan industri serantau dari Malaysia, Kanada dan Indonesia.
Penganjuran WaterTech Asia 2025 dijangka memberi kesan pengganda besar kepada ekosistem industri air negara, sekali gus mengangkat Malaysia sebagai hab serantau dalam pengurusan air, teknologi kelestarian dan industri sokongan.
Melihat potensi industri ini, Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) di bawah DPMM sedang mengenal pasti ruang kolaborasi untuk mewujudkan Konsortium GEMA yang menghimpunkan usahawan Bumiputera dalam bidang berkaitan — termasuk teknologi rawatan air, kejuruteraan, penyelenggaraan, digitalisasi, IoT, sensor, serta perkhidmatan sokongan industri air.
DPMM turut diberikan ruang untuk membuka reruai pameran bagi memperkenalkan DPMM dan juga GERAKAN EKONIAGA MADANI (GEMA), Terima kasih kepada semua VIP dan delegasi antarabangsa yang melawat reruai pameran DPMM sepanjang acara ini
Di pameran ini, DPMM mempromosikan:
🔹 Kerjasama DPMM–MyDigitalID untuk meningkatkan penerimaan identiti digital dalam kalangan usahawan.
🔹 Pendaftaran ahli baharu termasuk Ahli Kelab DPMM (pelajar universiti) sebagai pelapis usahawan masa depan.
🔹 Kolaborasi DPMM–USM melalui En. Dzahir (Industry Community Advisory Panel, School of Chemical Sciences) bagi menghubungkan industri dan universiti untuk pengkomersialan hasil R&D.
DPMM komited memacu kerjasama ekonomi yang inklusif, sekali gus memperkukuh kemampuan usahawan Bumiputera dalam sektor masa depan.