
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada TS. Azrul Zafri Azmi atas pelantikan sebagai Pengerusi DewanMuda DPMM serta Dr. Suffia Hany Binti Mohd Amin atas pelantikan sebagai Pengerusi Dewanita DPMM bagi Penggal 2026–2029.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkukuh peranan DewanMuda dan Dewanita sebagai pemacu pembangunan usahawan Melayu. Diharapkan kepimpinan baharu ini akan terus menyemarakkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera, melahirkan lebih ramai usahawan muda dan wanita yang berdaya saing, serta memperkukuh jaringan perniagaan demi kemajuan negara.
Seluruh kepimpinan dan warga Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendoakan agar kedua-dua kepimpinan ini terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah serta membawa DPMM ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Berjasa • Berjaya • Bangsa