
𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡! 
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang telah diberi mandat oleh para perwakilan dalam Pemilihan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Ke-57 yang telah berlangsung semalam.
Presiden
Norsyahrin Bin Hamidon
Timbalan Presiden
Dzahir Bin Jamudin
Naib Presiden
Yusri Bin Yusof
Tn. Hj. Ar. IDr. Mohd Azli Bin Md Yusof
Tn. Hj Farosham Bin Naizamohideen
Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen dalam memperkukuh peranan DPMM sebagai wadah memperjuangkan agenda ekonomi serta pembangunan usahawan Melayu di peringkat nasional.
Seluruh warga DPMM merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar barisan kepimpinan baharu terus dipermudah segala urusan serta berjaya membawa DPMM ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.