
Seluruh kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Encik Muhammad Faizal bin Abdul Razak atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung DPMM berkuat kuasa 12 Oktober 2026.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan organisasi, memperkasa agenda pembangunan usahawan Melayu serta memperkukuh peranan DPMM dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap usaha membawa kejayaan kepada DPMM serta seluruh komuniti usahawan Melayu.
Dalam masa yang sama, seluruh kepimpinan DPMM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Mazrol Nizam Abdullah atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang memegang amanah sebagai Setiausaha Agung DPMM.
Segala sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan terus dikenang. Semoga YBhg. Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.
Tulus ikhlas daripada seluruh kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).