SESI PENERANGAN BERSAMA OFFICIO.WORK
4 DISEMBER 2025 – Semalam telah berlangsung satu sesi penerangan dan perbincangan mengenai penggunaan perisian/aplikasi Officio.work bersama wakil DPMM, Hadid Group dan pihak Officio.work, dalam perbincangan ini, DPMM telah diwakili oleh Presiden, Timbalan Presiden, En. Farosham serta Setiausaha Agung Dato Mazrol Nizam
Susulan pembukaan Pejabat Satelit DPMM di Kazakhstan, DPMM sedang meneliti penggunaan Officio.work sebagai platform yang dapat memudahkan ahli-ahli DPMM serta usahawan yang berminat mengembangkan perniagaan ke luar negara untuk memantau operasi mereka secara atas talian, tanpa memerlukan pejabat fizikal di negara berkenaan.
Inisiatif ini dilihat mampu membuka laluan lebih mudah dan kos efektif kepada usahawan yang ingin menembusi pasaran global.
Kerjasama strategik ini masih dalam peringkat perbincangan, dan DPMM berharap agar perancangan ini dapat direalisasikan dengan lancar seperti yang dirancang.