
SESI KESEDARAN MIGRASI POST-QUANTUM CRYPTOGRAPHY (PQC) DPMM
9 september 2026 l Anjung Melayu
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini, 9 September 2026, telah menganjurkan Sesi Kesedaran Migrasi Post-Quantum Cryptography (PQC) dengan kerjasama National Cyber Security Agency (NACSA), Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dan QKAZ Kuantera Sdn. Bhd.
Sesi yang berlangsung ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi ancaman keselamatan siber yang bakal dipengaruhi oleh perkembangan teknologi pengkomputeran kuantum.
Hadir mewakili DPMM ialah Timbalan Presiden, En. Dzahir bin Jamudin.
Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin, Ketua Eksekutif NACSA, yang menerangkan peranan NACSA dalam memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara serta kepentingan kesiapsiagaan menghadapi ancaman siber masa hadapan.
Sesi seterusnya disampaikan oleh Datuk Prof. Dr. Muhammad Rezal bin Kamel Ariffin, Pengarah Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM), yang berkongsi mengenai perkembangan kriptografi dan keperluan peralihan kepada teknologi kriptografi pasca-kuantum.
Turut dibentangkan ialah pengenalan MCERT – Crypto Inventory Solution oleh QKAZ Kuantera Sdn. Bhd., yang mengetengahkan pendekatan bagi membantu organisasi mengenal pasti, mengurus dan membuat persediaan terhadap aset serta penggunaan kriptografi dalam persekitaran digital.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen DPMM untuk terus memperkasa komuniti perniagaan Melayu dengan pengetahuan dan kesedaran terhadap perkembangan teknologi, keselamatan digital serta cabaran baharu yang boleh memberi kesan kepada kelangsungan perniagaan.
Kesiapsiagaan digital bukan lagi pilihan, tetapi keperluan untuk memastikan perniagaan kekal berdaya tahan dalam menghadapi masa hadapan.
#DPMM #DewanMelayu #PQC #PostQuantumCryptography #NACSA #PTPKM #QKAZKuantera #MCERT #CyberSecurity #KeselamatanSiber #TransformasiDigital