
YBhg. En. Norsyahrin Hamidon, Presiden NCCIM merangkap Presiden DPMM, hadir ke Gala Ulang Tahun Ke-105 ACCCIM di Sunway Resort Hotel sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh hubungan strategik antara kepimpinan dewan perniagaan dan komuniti industri di peringkat nasional.
Majlis berprestij ini menghimpunkan pemimpin perniagaan, tokoh industri serta wakil dewan-dewan perdagangan dalam satu platform yang membuka ruang kepada jaringan, pertukaran pandangan dan potensi kerjasama baharu.
Kehadiran Presiden NCCIM | DPMM turut mencerminkan komitmen untuk terus memperluas hubungan antara komuniti perniagaan pelbagai sektor serta memperkukuh peranan dewan perniagaan sebagai penghubung kepada peluang, pasaran dan pertumbuhan ekonomi.
105 tahun legasi ACCCIM , jaringan diperkukuh, peluang diperluas, ekonomi digerakkan bersama.
BERJASA • BERJAYA • BANGSA