PRESIDEN DPMM HADIR SESI SIDANG MEDIA KUSKOP: KERJASAMA STRATEGIK PERKASA USAHAWAN RAKYAT
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) En Norsyahrin Bin Hamidon telah dijemput menghadiri Sesi Sidang Media Berkenaan Pengumuman Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) dan Program Pembiayaan Khas untuk Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Kehadiran Presiden DPMM ke sesi ini mencerminkan pengiktirafan KUSKOP terhadap peranan DPMM sebagai rakan strategik kerajaan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan, khususnya melibatkan usahawan mikro dan perusahaan kecil di peringkat akar umbi.
DPMM berterima kasih kepada Menteri KUSKOP kerana mendengar suara usahawan SME termasuk ahli DPMM agar bantuan diberikan kepada disalurkan secara lebih berkesan, tersusun dan sampai kepada kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan.
DPMM berpandangan bahawa sinergi antara dasar kerajaan dan pelaksanaan bersama rakan strategik seperti DPMM adalah kunci kepada kejayaan agenda pemerkasaan usahawan rakyat, terutamanya menjelang bulan Ramadan dan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.