
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), YBhg. En. Norsyahrin Hamidon, berkongsi pandangan mengenai Belanjawan 2027 dan hala tuju ekonomi negara menerusi sesi temu bual bersama BERNAMA.
Bagi DPMM, Belanjawan 2027 perlu terus memberi perhatian kepada keperluan usahawan tempatan, khususnya dari segi akses pembiayaan, peluang perniagaan, peningkatan daya saing serta pengembangan perusahaan.
DPMM percaya bahawa usaha memperkukuh ekonomi negara perlu berjalan seiring dengan pembangunan usahawan Melayu dan Bumiputera agar mereka terus berdaya saing, berkembang dan mampu meneroka peluang baharu.
DPMM akan terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti perniagaan dengan pembuat dasar bagi membawa suara dan kepentingan usahawan ke peringkat nasional.
DPMM | Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi Negara.