MISI DAGANG DPMM KE KAZAKHSTAN
-KUNJUNG HORMAT DPMM KE ATAMEKEN CHAMBER
MEDIA DPMM
13 November 2025
2.30 Petang – 4.00 petang
PROGRAM 2
Delegasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meneruskan agenda Misi Dagangannya dgn mengadakan kunjung hormat ke ATAMEKEN CHAMBER, sebuah Dewan Perniagaan Kebangsaan yang memainkan peranan penting dalam memacu ekosistem keusahawanan di Kazakhstan seperti mana DPMM di Malaysia.
Pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat ATAMEKEN di Almaty itu disambut oleh Mr. Oleg Redenko, Penolong Pengarah dan pasukannya dan membuka ruang hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.
Perbincangan antara DPMM dan ATAMEKEN memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam sektor bernilai tinggi termasuk minyak dan gas, peluang kerjasama bersama rakan tempatan, pemadanan usahawan, pelaburan, serta akses pasaran yang lebih luas bagi industri berpotensi di Kazakhstan.
Kemuncak pertemuan ini menyaksikan satu pencapaian bermakna apabila DPMM dan ATAMEKEN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang menjadi asas rasmi kepada hubungan strategik jangka panjang antara kedua-dua entiti.
Melalui MoU ini, para usahawan di bawah naungan DPMM dijangka bakal menikmati akses lebih luas ke jaringan perniagaan Kazakhstan, di samping membuka peluang meneroka pasaran Asia Tengah yang sedang berkembang pesat. Ia sekaligus memberi kelebihan kompetitif kepada usahawan tempatan, terutamanya usahawan di bawah DPMM dalam meraih peluang baharu, memperkukuh kehadiran global, serta memperluas capaian produk dan perkhidmatan mereka.
Lawatan penting ini membuktikan komitmen DPMM untuk terus mengangkat martabat ekonomi bangsa, memperkasa usahawan Malaysia di pentas dunia, serta menjalin kerjasama antarabangsa yang strategik dan berkekalan.
Terima kasih.
Berjasa ~ Berjaya Bangsa





