MIDA FLAGSHIP INVESTMENT SEMINAR: THE INDUSTRIAL CLUSTER DEVELOPMENT INITIATIVE IN THE CENTRAL REGION (NETWORKING DINNER)
11 November 2025
Royal Chulan, Kuala Lumpur
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah dijemput sebagai rakan strategik MIDA dalam Majlis “ MIDA Flagship Investment Seminar: The Industrial Cluster Development Initiative in the Central Region ”.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, YM Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul Aziz, dan turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DPMM telah diwakili oleh Encik Amir Hamzah dan Encik Dzahir Jamudin bagi menghadiri jemputan ini.
Seminar ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh bagi memperkukuh pembangunan wilayah secara seimbang melalui pendekatan kluster industri yang lebih terintegrasi.
Antara objektif utama inisiatif ini adalah untuk:
1. Memperkukuh ekosistem industri melalui pendekatan berasaskan ekosistem;
2. Menggalakkan pertumbuhan pelaburan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Wilayah Persekutuan;
3. Memperkasa syarikat tempatan bagi meningkatkan keupayaan serta daya saing dalam rantaian bekalan global;
4. Membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang penyeliaan dan teknikal selaras keperluan industri; dan
5. Menyediakan platform strategik untuk pertukaran pandangan, kerjasama, serta rangkaian profesional bagi merapatkan komunikasi dan kesepaduan dalam kalangan pemain industri.
DPMM komited untuk terus menyokong usaha memperkasa pelaburan dan pembangunan industri negara melalui kerjasama strategik bersama agensi-agensi utama seperti MIDA.
Sekian, terima kasih.
Berjasa ~ Berjaya, Bangsa