
*Mesyuarat TWGBI bersama Ministry of Law (MLAW) Singapore*
21 November 2025
DPMM melalui Technical Working Group Business Insolvency (TWGBI) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Ministry of Law Singapore, dipengerusikan oleh Presiden DPMM Syahrin Hamidon selaku Co-Chair TWGBI.
Tujuan sesi ini adalah untuk berkongsi pandangan berkaitan Insolvency Practitioner Guidelines (SIP) serta aspek cross-border law yang diguna pakai di Singapura bagi potensi pelaksanaannya di Malaysia.
Perbincangan ini turut disertai oleh beberapa wakil daripada agensi kerjaan dan swasta yang merupakan ahli-ahli di bawah TWGBI.
DPMM akan terus memberikan komitmen bersama untuk memperkukuh rangka kerja insolvency negara melalui TWG PEMUDAH.