
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Ke-57 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Jun 2026.
Tahun ini merupakan tahun yang amat signifikan kerana melibatkan pemilihan kepimpinan baharu bagi penggal 2026–2029, merangkumi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden sehingga Ahli Majlis Eksekutif.
Proses mesyuarat dan pemilihan telah berlangsung dengan penuh tertib, telus serta harmoni. Suasana pengundian yang tenang dan terkawal mencerminkan kematangan demokrasi serta semangat perpaduan dalam kalangan seluruh perwakilan DPMM.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Ahli Majlis Eksekutif yang telah diberikan mandat untuk menerajui DPMM bagi penggal 2026–2029.
Semoga barisan kepimpinan baharu ini terus membawa aspirasi, memperkukuh perpaduan warga DPMM, memperkasakan usahawan Melayu serta mengangkat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.