Pandangan DPMM

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia telah ditubuhkan pada 1957 dibawah nama ‘Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se Malaya (GDPMM) dengan nombor pendaftar “1101 Selangor”.

Sejarah pembentukan gabungan seawal tahun 1938.

Misi & Visi

Dewan adalah sebuah organisasi yang berjuang menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu. Tujuan Dewan adalah seperti berikut :

Menyatupadukan peniaga dan ikhtisas Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.

Meningkatkan maruah dan kecemerlangan bangsa Melayu khususnya dalam bidang ekonomi di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Menjadi wadah perjuangan ekonomi bangsa Melayu.

Mempastikan terjaminnya kepentingan Ahli di dalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan.

Menentukan aktiviti DPMM Negeri dan Ahli Bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan Dewan.

Menerbitkan majalah dan risalah, dan menyediakan laman web yang berkaitan dengan perniagaan.

Membantu atau mewakili Ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, penjualan dan lain-lain sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Dewan.

Membeli, menjual, menggadai, memajak, memiliki, menyewa, pindah hak milik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan harta alih dan tak alih.

Mengeluarkan Sijil Tempasal (Certificate of Origin) atau lain-lain sijil ke atas barangan yang dieksport dari Malaysia dan membuat sebarang pengesahan mengikut peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa.