
17 APRIL 2026 – wakil RHB Islamic telah mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sebagai usaha mempererat hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak semalam.
Dalam pertemuan tersebut, pihak RHB Islamic telah memperkenalkan beberapa pelan baharu termasuk inisiatif khas untuk golongan siswa dan siswazah melalui pembukaan akaun RHB Islamic, yang dilihat mampu menyokong literasi kewangan serta pengurusan kewangan yang lebih mampan dalam kalangan belia.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera, khususnya dalam menyediakan akses kepada kemudahan kewangan dan sokongan pembangunan perniagaan.
Presiden DPMM turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan program GEMA sebagai salah satu inisiatif strategik DPMM, serta menjemput RHB Islamic untuk bersama-sama menjadi rakan strategik dalam menjayakan agenda tersebut.