
KUALA LUMPUR, 23 September 2026 – Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Norsyahrin bin Hamidon, yang juga merangkap Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysia-Qatar Business Council.
Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara komuniti perniagaan Malaysia dan Qatar, khususnya dalam meneroka peluang perdagangan, pelaburan serta kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada sektor perniagaan kedua-dua negara.
Turut hadir, Timbalan Presiden DPMM merangkap Vice President NCCIM, En. Mohd Dzahir bin Jamudin.
NCCIM dan DPMM komited untuk terus memperluas jaringan perniagaan antarabangsa serta membuka lebih banyak ruang kepada komuniti usahawan Malaysia untuk meneroka pasaran dan peluang kerjasama di peringkat global.
Malaysia – Qatar: Strengthening Business Ties, Creating New Opportunities.
#DPMM #NCCIM #MalaysiaQatar #MalaysiaQatarBusinessCouncil #BusinessNetworking #InternationalTrade #BusinessOpportunities #DewanMelayu