
Kunjungan Hormat ke Kedutaan Republik Kazakhstan
29 julai 2026
Kuala Lumpur
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Republik Kazakhstan di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Presiden DPMM En Nosyahrin Hamidon dan Timbalan Presiden DPMM En Dzahir Jamudin sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Bulat Sugurbayev, Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, yang akan menamatkan perkhidmatan diplomatik beliau pada pertengahan Ogos 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, TYT Bulat Sugurbayev merupakan sahabat strategik kepada komuniti perniagaan Malaysia serta penyokong kuat agenda pengantarabangsaan DPMM. Komitmen dan dedikasi beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Kazakhstan.
Antara sumbangan utama beliau termasuk:
DPMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TYT Bulat Sugurbayev atas persahabatan, kepimpinan serta komitmen beliau dalam memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.