
Pada 9 April 2026, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Menteri Kementerian Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan yang berlangsung di Pejabat Menteri, Menara PERKESO. Delegasi DPMM telah diketuai oleh Presiden, Encik Norsyahrin bin Hamidon bersama tujuh (7) wakil lain yang turut serta dalam sesi perbincangan tersebut.
Dalam pertemuan ini, DPMM telah membangkitkan beberapa isu penting yang memberi impak kepada komuniti perniagaan, khususnya berkaitan ekonomi GIG, pembangunan TVET serta isu-isu berkaitan tenaga kerja dan kebolehpasaran industri.
Pihak YB Menteri telah memberikan maklum balas yang amat positif dan konstruktif terhadap setiap isu yang dikemukakan. DPMM menzahirkan penghargaan serta berpuas hati dengan keterbukaan dan komitmen pihak kementerian dalam memperkukuh ekosistem tenaga kerja negara.
DPMM akan terus komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan dalam merangka dan memperkukuh dasar-dasar berkaitan tenaga kerja serta pembangunan usahawan. DPMM juga sentiasa bersedia untuk menjadi rakan strategik Kerajaan dalam menyampaikan suara komuniti demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.