3 APRIL 2026 – Semalam, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah turun padang mengadakan pertemuan bersama Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) bagi membincangkan perkembangan semasa industri minyak dan gas.
Sesi perbincangan semalam menyentuh cabaran yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Bumiputera, termasuk isu kos operasi, kestabilan bekalan, margin keuntungan serta ketidaktentuan harga yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan perniagaan mereka.
DPMM komited untuk terus memainkan peranan sebagai jambatan antara industri dan pihak berkepentingan bagi memastikan kebajikan serta daya tahan pengusaha tempatan sentiasa terpelihara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.