telah berlangsung sesi meja bulat anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang memfokuskan kepada impak krisis geopolitik Asia Barat terhadap kelangsungan PMKS di Malaysia.
Sesi ini menghimpunkan pelbagai NGO ekonomi, pemain industri serta wakil usahawan bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran yang sedang dihadapi di lapangan — dan dapatan yang dikongsi amat membimbangkan.
Antara isu utama yang diketengahkan:
-Sektor peruncitan melaporkan kenaikan harga barangan antara 20% hingga 30%, memberi tekanan langsung kepada pengguna dan margin perniagaan kecil.
-Industri pembinaan pula mencatatkan peningkatan kos sehingga 40%, didorong oleh kenaikan harga bahan mentah serta gangguan rantaian bekalan global.
Realiti ini membuktikan bahawa krisis geopolitik bukan sekadar isu global, tetapi telah memberi kesan nyata dan langsung kepada kelangsungan operasi PMKS tempatan.
Sehubungan itu, DPMM dan MTEM bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Pemantau Kesan Perang dalam kalangan ahli kedua-dua organisasi. Pasukan ini akan:
-Memantau perkembangan semasa secara berterusan
-Mengumpul data dan maklum balas industri secara langsung
-Mengadakan pertemuan setiap minggu bagi menilai impak terkini serta merangka tindakan susulan yang lebih responsif
Langkah ini mencerminkan komitmen proaktif dalam memastikan suara usahawan terus didengar dan setiap cabaran dapat ditangani secara tersusun dan berfokus.
DPMM dan MTEM akan terus memainkan peranan sebagai jambatan antara industri dan pembuat dasar, demi memastikan kelangsungan serta daya tahan PMKS terus diperkukuh dalam menghadapi ketidaktentuan global.