Yang Dipertua DPMM Putrajaya merangkap Timbalan Presiden DPMM telah menghadiri Konvensyen Usahawan Bumiputera 2035 anjuran MARA, sebuah platform strategik bagi memperkukuh ekosistem dan daya saing usahawan Bumiputera menuju 2035.
Turut hadir Setiausaha Agung DPMM merangkap YDP DPMM Kuala Lumpur, Dato’ Mazrol Nizam Abdullah, bersama barisan ahli DPMM Kedah.
Konvensyen ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bersama kepimpinan tertinggi MARA.
DPMM Putrajaya turut berbangga apabila ahlinya, Datuk Dr. Ir. Guntor Tobeng, tampil sebagai panelis forum berkongsi pengalaman serta perspektif dalam membangunkan perniagaan dan bersaing dalam industri.
Agenda Bumiputera 2035 perlu bergerak lebih jauh — daripada sekadar melahirkan usahawan kepada membina syarikat Bumiputera yang mampu scale up, menguasai teknologi, memperluas pasaran dan bersaing di peringkat global.
Daripada berniaga kepada SCALE UP.
Daripada bergerak sendiri kepada KOLABORASI.
Daripada pasaran tempatan kepada pentas DUNIA.
Tahniah MARA atas penganjuran dan komitmen berterusan memperkasa usahawan Bumiputera.