
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menyambut baik kenyataan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong bahawa Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini
DPMM menekankan bahawa pihak kerajaan perlu melindungi perniagaan tempatan, khususnya perusahaan PMKS yang sedang berdepan tekanan kos operasi dan cabaran ekonomi semasa.
Pengumuman oleh Menteri Kuskop bahawa Kerajaan akan mengambil pendekatan lain bagi membantu meningkatkan gaji pekerja dalam sektor PMKS, termasuk sokongan subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif sangat dihargai.
DPMM turut meminta agar satu tempoh masa diberikan dan kadar kenaikan gaji hendaklah dibuat secara berkala dan tidak mendadak supaya PMKS boleh merancang pelan perniagaan termasuk kawalan terhadap aliran tunai dan modal yang diperlukan untuk meneruskan perniagaan di masa akan datang.
Pihak kerajaan pada masa yang sama wajib memastikan satu formula bagi memastikan kenaikan gaji mestilah selari dengan kadar produktiviti dan peluang perniagaan didalam negara mesti dipertingkatkan.
Pendekatan itu penting bagi memastikan peningkatan gaji bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti.
Norsyahrin Hamidon
Presiden NCCIM
Presiden DPMM