JELAJAH GERAKAN EKONIAGA MADANI (GEMA) NEGERI PERAK
Program Gerakan Ekoniaga Madani 2025
Anjuran bersama DPMM Perak & MARA Negeri Perak
27 November 2025
Selesai sudah Jelajah GEMA DPMM Negeri Perak, yang merupakan jajah pertama Program Gerakan Ekoniaga Madani DPMM bagi tahun ini.
Terima kasih kepada semua peserta, rakan kerjasama dan agensi yang menjayakan program ini dari awal hingga akhir.
Program penutup sebentar tadi ialah Forum GEMA bertajuk “Memperkasa Ekonomi Bumiputera”, yang telah dimoderatkan oleh YDP DPMM Negeri Perak.
Forum ini membuka ruang perbincangan mendalam tentang hala tuju, peluang serta cabaran dalam pembangunan ekonomi Bumiputera pada masa kini.
Semoga segala ilmu, jaringan dan inspirasi hari ini menjadi pencetus kepada lebih ramai usahawan Bumiputera untuk terus maju dan berdaya saing.
Jelajah seterusnya — nantikan pengumuman kami!