IKLAN JAWATAN KOSONG
Pegawai IT, Media & Komunikasi Dewan Melayu

Latarbelakang Organisasi
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DEWAN MELAYU) yang tertubuh pada 1938 merupakan
badan amanah induk ekonomi Melayu dan berpengaruh bukan sahaja kepada ahlinya, malah
kepada seluruh bangsa Melayu. DEWAN MELAYU menyediakan ruang luas kepada Syarikat
Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya, disamping industri lain bagi melaksanakan jaringan
perniagaan dan pembangunan usahawan.

 
DEWAN MELAYU sedang mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai IT,
Media & Komunikasi bagi merencana, mengurus dan memperkasa Unit Media Dewan Melayu.

Bidang Tugas 

1. Mengurus bahagian IT, media & komunikasi DEWAN MELAYU dengan efisien

2. Membangun konten yang selari dengan tema dan identiti Dewan Melayu

3. Memastikan kelengkapan dan prasarana media, sistem ICT dan alatan siaraya DEWAN
MELAYU sentiasa berfungsi dengan baik sebelum dsetiap acara

4. Mengurus semua elemen media bagi setiap acara dan program-program anjuran Dewan
Melayu 

5. Membina jaringan komunikasi dengan pengamal media dan unit komunikasi di setiap agensi 

 6. Mengurus semua saluran media sosial, kempen, dan unit media DEWAN MELAYU ke tahap
yang lebih professional, juga meneliti dan menganalisa trend media sosial, termasuk
meningkatkan keberadaan media sosial dan keberkesanan kempen. 

7. Bekerjasama dengan pelbagai jabatan serta pemegang taruh DEWAN MELAYU untuk
mempromosi jenama melalui saluran media sosial. 

8. Membangun dan mengawalselia laman sesawang dan laman media sosial pusat dan negeri
agar selari dan kemaskini 

 9. Membangunkan kandungan media yang menarik, kreatif, inovatif secara berkala yang memberi
pencerahan serta pengalaman bernilai kepada penonton dengan mesej yang yang jelas dan
terarah. 

 10. Membina jaringan vendor media, penerbit, dan pencetak atau mana-mana sektor yang terkait
dengan pengurusan media dan komunikasi 

 11. Merancang dan mengurus penerbitan cetakan berkala, cetakan khas dan penerbitan video. 

12. Memastikan setiap aktiviti dewan pusat dan negeri mendapat ruang promosi secukupnya di
media sosial, dan mengurus maklumbalas di laman web dan media sosial dengan tepat dan
pantas 

13. Menyediakan teks ucapan dan apa jua keperluan bagi menjayakan sidang media atau
temubual 

 14. Memantau urusan komunikasi korporat DEWAN MELAYU dengan pemegang taruh. 

 15. Berkomunikasi dengan pengamal media bagi mengurus berita organisasi untuk menegakkan
citra jenama DEWAN MELAYU. 

16. Menyimpan, mengemaskini dan menjaga kerahsiaan pangkalan data organisasi 

 17. Merekabentuk dan menghasilkan buletin berkala (newsletter) untuk DEWAN MELAYU. 

18. Menulis dan mengolah pelbagai jenis kandungan, termasuk bahan untuk laman web, siaran
akhbar, bahan pemasaran dan jenis kandungan lain yang membawa mesej Dewan Melayu
kepada orang ramai. 

19. Menyelenggara arkib media digital termasuk foto, video dan bahan bercetak DEWAN MELAYU 

20. Bekerjasama dengan perbagai saluran DEWAN MELAYU bagi menetapkan konsep dan melaksanakan strategi dan kempen komunikasi 

21. Mengurus krisis komunikasi agar tidak menjejaskan kredibiliti dan reputasi DEWAN MELAYU sekiranya timbul 

Kriteria Kelayakan 

o Ijazah atau Diploma dalam Teknologi Maklumat, Komunikasi, Pemasaran, Kewartawanan, Pengurusan Media atau yang seumpamanya o Memiliki pengalaman kerja berkaitan selama 3-5 tahun 

o Berpengetahuan luas tentang Platform Media Sosial, Kemahiran Web, Kemahiran Perisian Komputer, Pengalaman Pengurusan Pasukan, Pengiklanan, Penulisan Salinan, Penciptaan Kandungan, Perhubungan Awam dan Pengalaman Pemasaran Jenama.

o Memahami amalan terbaik saluran media sosial utama termasuk Facebook, Instagram, Youtube, Tiktok dan sebagainya

o Memiliki kemahiran menulis yang cemerlang dan dapat menyusun isi yang menarik dan tepat di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

o Kemahiran pengurusan masa serta keupayaan mengendalikan pelbagai projek secara serentak

o Berpengetahuan didalam Adobe PhotoShop atau Illustrator bagi merekabentuk promosi aktiviti Dewan Melayu adalah satu kelebihan

o Harus bijak dan berinisiatif dengan arahan serta seliaan yang minimum

Calon yang berminat dan berkelayakan bolehlah mengemukan permohonan dengan menghantar
resume serta portfolio (jika ada) ke alamat dan nombor hubungan dibawah selewat-lewatnya pada
atau sebelum 22hb Ogos 2021. Hanya calon tersenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak menerima maklumbalas selepas 30 hari daripada tarikh tutup
permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA
ANJUNG MELAYU, LOT 734 JALAN BUKIT PETALING,
BUKIT PETALING, 50460 KUALA LUMPUR.
EMEL: ikadpmm25@gmail.com
WHATSAPP: 013-6330931