Memperkasa Usahawan, Membuka Lebih Banyak Peluang
 
KUALA TERENGGANU, 22 September 2026
 
Pada Isnin yang lepas telah berlansung Program Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) MARA bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) 2026 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung semalam di Terengganu Equestrian Resort, menghimpunkan para usahawan, agensi kerajaan, institusi kewangan, syarikat korporat serta rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri.
 
Program ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, serta Naib Presiden DPMM, En. Yusry bin Yusof, yang mewakili kepimpinan DPMM bersama barisan DPMM Negeri Terengganu.
 
Melalui kerjasama MARA dan DPMM, GEMA menjadi platform untuk menghubungkan usahawan dengan peluang pembiayaan, pasaran, peluang vendor, rantaian bekalan, pembangunan kapasiti dan jaringan strategik.
 
Dalam ucapan beliau, En. Yusry menegaskan bahawa GEMA bukan sekadar program jelajah, tetapi satu platform yang menghubungkan dasar dengan pelaksanaan, peluang dengan usahawan serta keperluan industri dengan keupayaan komuniti perniagaan.
 
Fokus utama adalah untuk membantu usahawan “naik kelas” – daripada perusahaan mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana, seterusnya berkembang menjadi syarikat yang mampu mencipta pekerjaan, menjadi vendor kepada syarikat besar dan menembusi pasaran serantau serta antarabangsa.
 
Terengganu mempunyai potensi besar dalam sektor makanan dan halal, pelancongan, agro, perkhidmatan, pembinaan, ekonomi kreatif, tenaga dan industri berkaitan. Justeru, kekuatan ini perlu terus dihubungkan dengan modal, teknologi, pasaran dan jaringan strategik bagi membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan.
 
DPMM merakamkan penghargaan kepada MARA, DPMM Negeri Terengganu, semua rakan strategik serta para usahawan yang bersama-sama menjayakan GEMA MARA x DPMM 2026.
 
Bukan sekadar menghimpunkan usahawan, tetapi menghubungkan mereka dengan peluang yang mampu membawa perniagaan ke tahap seterusnya.