
3 SEPTEMBER 2026 l KUALA LUMPUR
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), En. Norsyahrin Hamidon, hari ini menghadiri serta merasmikan 2026 Malaysia New Consumption & Retail Brand Summit di Kuala Lumpur.
Dalam acara tersebut turut berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DPMM, Malaysia-China Industrial & Commerce Association (MCICA) dan ShanHai Map, sebagai langkah memperkukuh jaringan kerjasama serta membuka lebih banyak peluang perniagaan rentas sempadan antara Malaysia dan China.
MCICA (Malaysia-China Industrial & Commerce Association) merupakan sebuah pertubuhan yang berperanan memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-China serta menjadi penghubung antara komuniti perniagaan kedua-dua negara.
Manakala ShanHai Map merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan konsultasi dan sokongan perniagaan rentas sempadan, termasuk membantu syarikat dalam pengembangan pasaran, pematuhan perundangan, pensijilan, pendaftaran tanda dagangan serta keperluan operasi di pasaran antarabangsa.
Kerjasama ini selari dengan usaha DPMM untuk membuka lebih banyak akses pasaran, jaringan strategik dan peluang pengantarabangsaan kepada usahawan Melayu dan Bumiputera, khususnya dalam sektor perdagangan, e-dagang, pengguna dan jenama runcit.
Turut hadir Timbalan Presiden DPMM, En. Mohd Dzahir Jamudin, serta barisan ahli-ahli DPMM.
Daripada jaringan kepada peluang. Daripada peluang kepada pasaran global.