
1 September 2026 l Anjung Melayu
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengadakan sesi pertemuan bagi membincangkan cadangan penubuhan Konsortium Latihan DPMM sebagai langkah strategik memperkukuh pembangunan kapasiti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Presiden DPMM, En. Mohd Dzahir bin Jamudin, dan turut dihadiri Naib Presiden DPMM, Hj. Farosham bin Naizamohideen, serta barisan ahli DPMM.
Perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan membangunkan Ekosistem Latihan & Pembangunan PMKS Nasional, dengan PACE MSME Accelerator dicadangkan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah DPMM.
Konsortium ini bakal menghimpunkan DPMM Pusat, DPMM Melaka, DPMM Negeri serta penyedia latihan bagi menyelaras, memperluas dan memperkukuh akses kepada latihan, bimbingan serta pembangunan kapasiti PMKS di seluruh Malaysia.
DPMM Melaka dicadangkan sebagai peneraju konsortium, dengan sokongan rangkaian DPMM di seluruh negara, bagi membentuk satu ekosistem latihan yang lebih tersusun, bersepadu dan berorientasikan pertumbuhan usahawan.
Daripada latihan kepada peningkatan kapasiti. Daripada kapasiti kepada pertumbuhan.