DPMM HADIRI PUSINGAN AKHIR LIGA USAHAWAN EKSPORT SELANGOR EDISI KE-7 – SAY ASPIRE

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berbesar hati memenuhi jemputan menghadiri Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport Selangor Edisi Ke-7 – SAY ASPIRE yang berlangsung pada 2 September 2026 di Lagoon 1, Aras 15, Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Program anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor ini merupakan satu platform penting dalam membimbing usahawan belia tempatan untuk memperluaskan perniagaan ke pasaran antarabangsa.

SAY ASPIRE memberi fokus kepada pembangunan kapasiti usahawan melalui bimbingan intensif, strategi akses pasaran, pendedahan kepada piawaian eksport serta pembinaan jaringan strategik bersama agensi perdagangan dan pelabur global.

Pusingan akhir ini menyaksikan para usahawan terpilih membentangkan syarikat, model perniagaan serta strategi pengembangan pasaran kepada panel penilai, termasuk DYTM Raja Muda Selangor.

DPMM turut diwakili oleh En. Fahmi bin Yaakob, Ahli Majlis Dilantik DPMM, yang hadir bagi mewakili DPMM dalam menyokong usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan dan eksport anak muda di Selangor.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada RHJ Tirajah Sdn. Bhd. atas kejayaan dinobatkan sebagai pemenang SAY ASPIRE Edisi Ke-7.

DPMM melihat inisiatif seperti SAY ASPIRE sebagai satu langkah positif dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, berorientasikan eksport dan bersedia membawa jenama tempatan ke pentas global.

Daripada Usahawan Tempatan ke Pasaran Global.

#DPMM #DewanMelayu #SAYASPIRE #UsahawanMuda #Eksport #UsahawanSelangor #PasaranGlobal #Keusahawanan