
KUALA LUMPUR, 24 September 2026 — Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merangkap Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), YBhg. En. Norsyahrin bin Hamidon, bersama Naib Presiden DPMM, En. Yusri bin Yusof, pagi tadi telah menghadiri Malaysia–China Halal Forum yang berlangsung sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026.
Forum ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama dalam memperkukuh hubungan perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dan China, khususnya dalam sektor halal.
Kehadiran DPMM di forum ini turut mencerminkan komitmen Dewan dalam memperluas jaringan strategik antarabangsa dan membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Bumiputera untuk meneroka pasaran global.
DPMM akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menghubungkan komuniti perniagaan Malaysia dengan rakan strategik antarabangsa, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem perdagangan dan keusahawanan negara.