
5 Oktober 2026 | Litar Antarabangsa Sepang
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berbesar hati menerima jemputan PETRONAS untuk menghadiri program berkaitan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon, bersama Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir Jamudin, turut berkesempatan bertemu dan bertukar pandangan bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, di PETRONAS Corporate Suite.
Dalam suasana santai tersebut, kepimpinan DPMM turut berpeluang berinteraksi dan bertukar pandangan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Kewangan, YB Liew Chin Tong; Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah; serta Naib Presiden Kumpulan, Strategic Relations & Communications PETRONAS, Ir. Norafizal Mat Saad.
Pertemuan ini menjadi platform bermakna untuk memperkukuh hubungan, berkongsi pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik yang lebih luas antara DPMM, PETRONAS dan para pemegang taruh.
Jaringan yang kukuh membuka lebih banyak ruang kepada kerjasama, peluang dan pertumbuhan bersama.