19 Ogos 2026 l Kuala Lumpur
Semalam telah diadakan Sesi Libat Urus Belanjawan bersama YAB Perdana Menteri, Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon mewakili NCCIM, Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir Jamudin mewakili DPMM, serta Setiausaha Agung DPMM, Dato’ Mazrol Nizam bin Abdullah mewakili MTEM telah mengemukakan beberapa cadangan strategik bagi memperkukuh daya saing syarikat tempatan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Antara cadangan utama:
🔹 Memaksimumkan manfaat CPTPP & RCEP melalui peningkatan penggunaan keistimewaan tarif, latihan Rules of Origin (ROO), pendigitalan Sijil Asal serta sokongan pematuhan dan pensijilan.
🔹 Memperluas penglibatan syarikat tempatan dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui sektor pembinaan, infrastruktur, tenaga, digital, mobiliti dan perkhidmatan profesional.
🔹 Penubuhan RM500 juta Bumiputera Scale-Up & Strategic Growth Facility sebagai catalytic capital bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi mendapatkan modal untuk kontrak berskala besar, teknologi, pengambilalihan dan pengembangan ke pasaran antarabangsa.
Cadangan ini membawa satu aspirasi bersama — menjadikan Belanjawan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan syarikat tempatan, peningkatan eksport, mobilisasi modal swasta serta pembentukan lebih banyak syarikat Malaysia yang mampu bersaing di peringkat serantau dan global.
DPMM terus komited membawa suara usahawan ke peringkat dasar demi ekonomi Malaysia yang lebih kukuh dan inklusif.